Sunday 26 March 2017

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Pantas Hanya Dirumah


Timbulnya jerawat tentu membuatkan diri kita tidak selesakan. Jerawat akan membuat wanita khususnya menjadi badmood, serta tidak percaya diri. Jangan risau disini saya kongsikan petua hilangkan jerawat dengan cepat dengan menggunakan kaedah semulajadi yang boleh kita dapati di dapur rumah kita.

Hilangkan jerawat menggunakan baking soda dan air.

Letakkan baking soda dan air dalam bekas atau mangkuk dan sebatikan. Kemudian letakkan pada jerawat dan jeragat anda. Biarkan selama 30 minit. Kemudian ambil kain dan celupkan dengan air panas. Kemudian lapkan campuran baking soda tadi.

Hilangkan jerawat menggunakan minyak zaitun.

Sediakan 4 sudu garam dan campurkan dengan 1 sudu besar minyak zaitun. Adunkan sehingga sebati. Lepas itu sapukan pada jerawat degil anda itu. Biarkan selama 5 minit dan bilaskan.

Hilangkan jerawat menggunakan daun sirih.


Mula-mula guna sehelai dauh sirih dan rendamkan dalam air panas. Kalau boleh tu guna la bekas yang sesuai. Selepas itu, tunggu hingga air itu sejuk dan daun sirih tadi layu. Sekarang gunakan air itu dan basuh muka anda dan biarkan sehingga kering dengan sendiri. Setelah kering, bilaskan dengan air sehingga bersih.

Hilangkan jerawat menggunakan tomato.

Tomato bagus untuk kesihatan mata. Mesti ramai pernah dengar tomato bagus untuk kulit muka kan? Tomato dipercayai boleh menghilangkan jerawat dan juga bintik hitam. Korang potong tomato ikut bentuk yang korang suka, dan sapukan pada muka anda. Biarkan ia sehingga kering. Kalau boleh bertahan 1 jam lagi bagus. Lepas tu korang bilas dengan air suam. Kalau nak lagi best, makan la tomato. Tapi bukan makan tomato yang korang letak pada muka tadi.

Hilangkan jerawat menggunakan kulit kayu manis.


Hancurkan kulit kayu manis tu sehalus yang anda mampu. Lepas tu campurkan dengan air. Kalau nak lagi best campurkan dengan madu.Sapukan adunan tadi ke muka, buat masker la. Amalkan sebelum tidur, bila bangun bersihkan. Korang buat la hari-hari pon takpe. Bagi yang tidak pernah cuba, jangan letak banyak pulak kulit kayu manis tu, nanti panas habis muka.

Hilangkan jerawat menggunakan pokok lidah buaya.

Pokok lidah buaya juga dikenali sebagai aleo vera. Lendir aleo vera ni la boleh hilangkan jerawat dan parut jerawat. Korang amik lendir dia tu, sapukan kat jerawat korang tu. Boleh diamalkan pada waktu pagi dan petang. Yang ni jangan risau panas ke apa, Lendir dia mmg sejuk. Tak caya boleh try.

Hilangkan jerawat menggunakan putih telur.


Ingat ya kawan-kawan, putih telur, bukan kuning telur. Nak tahu apa kelebihan putih telur? Ia boleh mengurangkan minyak di wajah anda. Kalau dah muka takde minyak, kurang la jerawat yang nak tumbuh. Minyak pada muka ni ibarat baja pada tumbuhan. Ingat tu. Korang kacau-kacau sikit putih telur ni,lepas tu sapu kat muka korang. Masa yang terbaik adalah 15 minit. Lepas tu korang basuh dengan air suam. Faham tak? Nak tau macam mana nak hilangkan bintik hitam dan putih? Guna kan tisu muka dan rendam dalam putih telur lalu di tempek kan pada hidung. Biarkan seketika sehingga kering, nanti korang dapat lihat bintik hitam dan putih lekat pada tisu itu.

Senangkan. Semudah ABC je...lagi pun semua ni korang leh cari kat dapur rumah anda. Kalau korang malas cari lah set penjagaan muka yang terbaik,yang penting pastikan yang semulajadi. Kalau yang ada bahan kimia lagi teruk muka korang. Eh alang-alang tu nak bagi tau set penjagaan muka shaklee 100% semulajadi tau. Korang nak tahu lebih lanjut,rojer ai je tau.

Pengedar Shaklee Malaysia
👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene

No comments:

Post a Comment