Wednesday 1 March 2017

Kepentingan Pengambilan Makanan Berkhasiat untuk Ibu Hamil

Penting pengambilan makanan yang sihat untuk ibu hamil elak masalah sepanjang kehamilan.




Masa tempoh hamil apa yang kita sedia maklum ialah makan kena 2 kali lebih banyak sebelum ni,yelah kan dah ada nyawa yang perlu kita jaga jadi makan perlulah banyak. Tapi sebenarnya itu hanyalah mitos,hakikatnya makan perlulah 2 kali lebih berkhasiat bukan 2 kali lebih banyak.

Sebenarnya makan berlebihan hanya mengundang masalah kepada ibu hamil. Masalah yang sangat popular pada ibu hamil sekarang ini ialah masalah gdm atau lebih dikenali sebagai kencing manis ketika hamil,berat badan berlebihan,tekanan darah tinggi dan banyak lagi. Biasanya faktor pemakanan lah yang memyebabkan ibu hamil menghidapi masalah ini,ada juga yang disebabkan oleh faktor genetik.

Oleh itu ibu hamil dinasihatkan untuk makan pelbagai jenis makanan yang berkhasiat dalam hidangan seharian supaya dapat menampung keperluan ibu dan bayi,malahan dapat menghindarkan ibu hamil menghadapi masalah sepanjang kehamilan.

Disini saya kongsikan serba sedikit sumber makanan yang perlu dan wajib diambil oleh ibu hamil.




Akhir sekali saya nasihatkan ibu hamil elakkan mengambil makanan yang terlarang seperti yang tertera dibawah,kerana ini boleh menjejaskan pertumbuhbesaran janin.

No comments:

Post a Comment