Thursday 18 May 2017

GOUT SAKIT MENCUCUK IKTIHAR DENGAN SET GOUT SHAKLEE


Biasa dengar sekarang tentang penyakit gout ni,tidak kira muda atau pun tua. Dari cerita mereka sangat sakit mencucuk-cucuk.

Antara faktor penyebab sakit gout ialah kandungan asid urik yang tinggi !

Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang  berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).

Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

TANDA-TANDA PENYAKIT GOUT.

🔸Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi

🔸Demam gred rendah

🔸Sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan

🔸Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.

🔸Gout biasanya menyerang ibu jari kaki.

🔸Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.

🔸Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

CARA MENGATASI GOUT?

Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah penyakit Gout ini. Antaranya:

Mengurangkan jumlah pengambilan purines dalam diet anda seperti:

▫Kurangkan makan daging merah seperti steak.

▫Jangan makan organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan jantung.

▫Kurangkan pengambilan makanan laut seperti telur ikan, kerang, kupang, ketam dan udang.

▫Elakkan makan ikan berminyak seperti sardin, ikan bilis dan ikan kembung.

▫Yis dan daging ekstrak juga tinggi purin termasuklah marmite dan banyak kuah yang dihasilkan secara komersial.

TIPS ELAK PENYAKIT GOUT.

📌Ceri dan strawberi dikatakan mampu menurunkan paras asid urik anda.

📌Minum air dengan kadar yang banyak untuk menggalakkan proses penyingkiran asid urik.

📌Bersenam, berenang adalah cara senaman terbaik kerana ia tidak memberi tekanan pada sendi yang mungkin boleh tercedera.

📌Kawal atau kurangkan berat badan.

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal. Anda juga dicadangkan untuk mengambil supplement berikut bagi mengurangkan kesan serangan gout.

BAGAIMANA SET GOUT SHAKLEE MEMBANTU ?


VIVIX – Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.

ALFALFA – Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detoks.

OMEGA GUARD – Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

PERFORMANCE DRINK – Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehidrasi.

BAGAIMANA PULA DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN C?

Pesakit Gout boleh mengambil Vitamin C. Namun secara sederhana dan tidak berlebihan.

Vitamin C adalah uricosuric semulajadi yang bermaksud ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Sebaiknya pengambilan vitamin C untuk pesakit gout adalah di dalam dos 500mg hingga 1000mg sahaja sehari. Jika perlukan dos lebih, bincanglah dengan doktor anda.

Testimoni :
Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4


Dapatkan Set Gout Shaklee sekarang sebelum bacaan asid uric anda semakin tinggi dan sukar untuk bergerak ke sana ke mari!

Jika anda berminat dengan SET GOUT SHAKLEE bolehlah hubungi saya untuk pembelian.

Atau boleh KLIK DI SINI untuk pembelian secara online.

Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.

👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene
☎ COD area: IPOH PERAK
📮 POS LAJU SELURUH MALAYSIA

Mahukan harga yang lebih berbaloi,sertai kami sebagai ahli shaklee dan anda akan mendapat tawaran harga yang lebih untung dan jimat.


No comments:

Post a Comment