Thursday 25 May 2017

Cara Terbaik Menjaga Luka Bersalin Cepat Sembuh


Luka pembedahan Cesaraen memerlukan penjagaan yang lebih rapi kerana luka ini lebih besar dan jika tidak dijaga dengan rapi maka mudah berlakunya jangkitan kuman.

Bagi luka pembedahan caesarean, tempoh 10 hingga 14 hari cukup untuk kulit bercantum kembali.  Biasanya semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

=======================
Ini cara terbaik menjaga luka bersalin supaya cepat sembuh
========================

1. Pastikan luka kering dan bersih. Pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering.

2. Jika ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

3. Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan mengganggu percantuman semula kulit. 

4. Menyusu bayi yang baru lahir juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Setika kali menyusu,badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim.

5. Ramai doktor yang menasihatkan agar berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional atau herba. Ini kerana ada beberapa campuran herba yang menyebabkan rahim tidak mengecut. Ada pula produk herba yang dicampur bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan diri ibu dan lebih-lebih lagi bayi yang menyusu.

6. Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.

7. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting.   Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Juga digalakkan mengambil Vivix Shaklee. Disini saya kongsikan bagaimana vivix membantu proses penyembuhan luka dengan cepat.


===================
Bagaimana vivix shaklee membantu?
===================

♡ Meningkatkan tenaga 

♡ Memulihkan sel-sel dalam tubuh ibu bersalin

♡ Mengawal DNA

♡ Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin

♡ Membantu memanaskan badan ibu

♡ Membantu ibu selepas bersalin lebih segar dan sihat

♡ Melancarkan peredaran darah dan nifas

♡ Memperbanyakkan susu badan ibu

♡ Mengurangkan pucat pada wajah ibu bersalin

Ini antara kesan-kesan terbaik Vivix Shaklee yang dirasai oleh kebanyakkan ibu yang menggunakan vivix.

Antara testimoni :

"Susu badan meriah &
Luka jahitan bersalin
normal baik dalam 10 hari"

"Baby xde kuning,susu bada meriah,
Luka czer cepat kering,x rasa sakit pun"

"Guna vivix badan sedap &
Kulit jadi cantik"


Tiada yang lebih baik daripada kasih sayang dan kesihatan berpanjangan. Nasihat saya terutama para suami hadiah kan lah si isteri vivix sebagai tanda kasih sayang kepada isteri anda yang sanggup terkorban nyawa demi melahirkan zuriat anda di dunia ini.

Jika anda berminat dengan suplemen ini bolehlah hubungi saya untuk tempahan.

Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.

👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene
☎ COD area: IPOH PERAK
📮 POS LAJU SELURUH MALAYSIA

Anda juga boleh membuat pembelian secara online menggunakan kad kredit/debit kad.

Hanya KLIK DI SINI

Mahukan harga yang lebih berbaloi,sertai kami sebagai ahli shaklee dan anda akan mendapat tawaran harga yang lebih untung dan jimat.

Yuran pendaftaran hanya RM69 SAHAJA !



Tuesday 23 May 2017

Penyakit Buah Pinggang "merampas" MASA,KESIHATAN dan WANG anda.

Sebagaimana yang kita tahu,buah pinggang juga antara organ penting untuk tubuh badan kita.
Saya ringkaskan, bila kedua-dua buah pinggang rosak, ada beberapa perkara yg kita tidak boleh elakkan. 

1. Pergi ke dialisis. 
2. Makan ubat sepanjang hayat. 
3. Badan makin lemah. 
4. Terpaksa pantang banyak jenis makanan. 
5. Belanja duit yanh sangat banyak. 

Memandangkan ramai kurang pasti apa peranan Pusat Hemodialisis. 

Haemodialysis/hemodialisis 

Haemo=darah. 
Dialysis=cuci. 

Hemodialisis adalah pusat mendapatkan rawatan cuci darah & singkirkan air dalam badan pesakit meneruskan kehidupan bagi kes kerosakan kedua-dua buah pinggang. 

Waktu rawatan 3x seminggu, 4 jam 1 sesi. 

Kos rawatan rm200-350 setiap sesi. 
Rm2000-4200 sebulan‼️ 

Leher anda akan ditebuk, dimasukkan tiub untuk tujuan cuci darah & ianya sangat tidak selesa & mudah dijangkiti kuman jika tidak dijaga dengan baik. Tiub akan disambung ke mesin dialisis utk proses pembersihan darah & penyingkiran air berlebihan dalam badan. 

=====================
Sebab apa buah pinggang rosak?
=====================

- Kencing manis & darah tinggi yang diabai/tidak dirawat. 

- Cedera bahagian buah pinggang. 

- Painkiller/paracetamol berlebihan


=====================
Antara kesan/risiko kegagalan buah pinggang‼️
=====================
- Mata cepat kabur. 

- Tulang mudah reput. 

- Risiko serangan jantung. 

- warna kulit berubah. 

- Terpaksa makan ubat sepanjang hayat. 

- Mandul.

- Mati pucuk.

- Kena PANTANG air & makanan sepanjang hayat. 

- Pengambilan makanan/minuman tidak boleh lebih 3kg utk 2 hari atau anda akan sesak nafas (terus ke hospital).

- Tidak boleh lakukan aktiviti lasak/kerja berat.  

- Susah nak travel. 

===========================
Apa yang anda perlu lakukan untuk elak 
Hemodialisis?
===========================

- Amalkan pemakanan seimbang. Lebihkan buah & sayur setiap hari. 

- Digalakkan makan supplement. 

- Minum air mineral/suam dengan kerap.

- Senaman kardio minimum 30min seminggu (jogging, cycling & sbgnya). 

- Tidur cukup (12am-3am waktu tidur terbaik) tidur 5-8 jam bergantung pada anda. 

KURANGKAN‼️

- 'Processed food' seperti sosej, burger, dll. 

- 'Fast food'/makanan segera.

- Makanan tinggi garam,gula & lemak. 

- Air gas/manis, susu pekat.

- Painkiller.  

- Makanan dalam tin. 

- Stress

*inilah punca utama diabetes, hypertension & diakhiri dengan kegagalan buah pinggang. 

Jika anda menghidap darah tinggi, kencing manis, jangan skip ubat/insulin seperti yang diarahkan doktor. Amalkan gaya hidup sihat. Masih belum terlambat. 

Jaga badan, tegas dlm penjagaan makanan & sayangilah keluarga anda. Cegah sebelun terlambat! Menyesal kemudian tiada guna. 

Utk maklumat lebih lanjut, google haemodialysis, hypertension, diabetes, peranan buah pinggang. 

Atau boleh melawat pusat dialisis berdekatan. 

Eloklah mencuba VIVIX sebagai ikhtiar. Vivix selamat dan tidak membebankan buah pinggang kita. 

Berdasarkan kajian, Vivix mengandungi resveratrol. Resveratrol ini membantu pesakit buah pinggang melalui 6 cara iaitu :

Sebagaimana yang kita ketahu, bahan aktif di dalam vivix adalah resveraterol. Mengikut kajian saintifik, resveraterol membantu pesakit buah pinggang melalui cara:

1) Antioksidan – Mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.

2) Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal.

3) Mengurangkan pengumpulan platlet pada buah pinggang.

4) Mengembangkan salur darah pada buah pinggang.

5) Mengurangkan proses lipid peroksida.

6) Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.

Saya kongsikan beberapa testimoni pengguna Vivix yang berjaya mendapat kesan positif selepas mengamalkan Vivix secara konsisten.

"Sakit buah pinggang stage 5 pulih
selepas iktihar vivix,tiada tanda-tanda
perlu dialisis"

"Kidney getting better
dengan vivix"

"Bandingkan kos rawatan dialsis,
Berbanding iktihar dengan
suplemen vivix"

Jangan malu jangan segan untuk hubungi saya. Anda akan diberi info lanjut mengenai produk ini serta konsultasi secara ekslusif.

Duit boleh dicari, tetapi rasa SIHAT itu ‘MAHAL’ harganya.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi saya :

👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📩 msg/whatsapp : 0148601038
📱 Fb : Joy Dariene

Anda juga boleh membuat pembelian secara online menggunakan kad kredit/debit kad.
Hanya KLIK DI SINI

Mahukan harga yang lebih berbaloi,jom sertai kami sebagai ahli shaklee sekarang. Anda akan mendapat harga ahli yang lebih berbaloi dan menguntungkan.

Yuran pendaftaran hanya RM69 SAHAJA !



Sunday 21 May 2017

Punca Nephrotic Syndrome Dan Cara Rawatannya.



Di dalam buah pinggang kita terdapat penapis halus yang bernama “Glomeruli“. Ia berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) dari keluar ke dalam air kencing.

Apabila glomeruli ini telah rosak atau bocor, lebih daripada 3 gram protein akan terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari (dipanggil proteinuria). Keadaan ini akan menyebabkan badan mula kehilangan banyak protein yang sangat penting untuk sistem tubuh (kebocoran protein).

Masalah ini dinamakan Nephrotic Syndrome atau mudah dikenali sebagai Penapis Buah Pinggang Bocor.

Punca Terjadi Penapis Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome)

Punca berlakunya Penapis Buah Pinggang Bocor tidak dapat dikenal pasti (idiopatic). Faktor faktor berisiko yang boleh menyebabkan penapis buah pinggang bocor ialah:

1. Jangkitan kuman di dalam darah seperti sifilis.

2. Penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

3. Penyakit darah sejak lahir seperti Sickle Cell Disease.

4. Kencing Manis (Diabetes).

5. Kehadiran protein pada organ – Amyloidoisis.

6. Pengambilan ubat ubatan melawan penyakit.

7. HIV.

8. Hepatitis B.

9. Hepatitis C.

10. Malaria.

Kesan Akibat Penapis Buah Pinggang Bocor.

Kekurangan Nutrisi dan tumbesaran terbantut.Kanak kanak yang mengalami masalah ini akan mengalami masalah tumbesaran di samping kekurangan berat badan. Namun, ia akan dikelirukan dengan pembengkakkan pada tubuh (edema).

Antibodi lemah.Pesakit mudah diserang penyakit atau virus dan boleh membawa maut.

Darah Beku.Kegagalan glomeruli untuk menapis protein dengan baik boleh menyebabkan darah membeku. Protein diperlukan untuk menghalang darah daripada membeku di dalam salur darah.

Risiko jangkitan paru paru.Air yang terkumpul di selaput paru paru dan tisu badan boleh menjadi tempat jangkitan kuman.

Tekanan darah tinggi.Ia berlaku akibat kerosakan gromeruli dan penimbunan bahan buangan di dalam salur darah.

Kolestrol dan Triglycerides di dalam darah meningkat.Apabila protien di dalam badan berkurang secara mendadak, hati akan menghasilkan lebih banyak albumin. Pada masa yang sama, hati akan melepaskan lebih banyak kolestrol dan Triglycerides.

Kegagalan buah pinggang.Penapis buah pinggang bocor akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dan jika dibiarkan lama, dialisis perlu dijalankan.

Tanda Buah Pinggang Bocor.

Kencing berbuih.

Berasa lemah dan tidak bermaya.

Kaki bengkak (Edema).

Mata dan muka bengkak ketika bangun tidur.

Kembung.

Sakit perut.

Cirit birit.

Rawatan Bagi Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor ( Nephrotic Syndrome)

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang akan diberikan kepada pesakit penapis buah pinggang bocor.

📍Ubat Steriod.Ia akan diberikan mengikut berat badan sehingga tidak ada lagi protein di dalam air kencing.

📍Ubat kencing.Ia akan diberikan sekiranya badan mengalami bengkak air.

📍Protein albumin akan diberikan sekiranya perlu.Sekiranya darah di dalam salur darah membeku, protein albumin akan diberikan untuk mengelakkan sawan.

📍Antibiotik.Ia akan diberikan sekiranya terdapat jangkitan kuman.

📍Jaga pemakanan.Kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian untuk mengelakkan edema yang teruk.

📍Jaga pengambilan kalori dan protien.Amalkan diet rendah protein untuk mengurangkan protein di dalam badan.

Pengambilan suplemen juga dapat membantu meyelesaikan masalah buah pinggang bocor. Di Shaklee, suplemen yang membantu mengatasi masalah penapis buah pinggang bocor adalah :

Vivix : Membantu memperbaiki DNA tubuh yang rosak. Memperbaiki tenaga sel untuk pertumbuhan sel yang baru serta menguatkan sel tubuh.

OmegaGuard : Membantu mengurangkan keradangan dan mencairkan darah untuk mengurangkan risiko berlakunya masalah Nephrotic Syndrome ini

ESP atau Mealshake : Membekalkan protein baik yang diperlukan oleh tubuh

Yang pastinya suplemen ini selamat dan tidak membebankan buah pinggang anda.

Testimoni :

"Baru 3 minggu ambil Vivix,
sakit badan dan air kencing berbuih
berkurangan"

"Setelah ambil 4 botol vivix,
Protein dalam air kencing tiada"

"Selepas sebulan konsisten minum vivix,
Bacaan protein turun sedikit. 
Selepas 3 bulan bacaan dah negatif"


"Baru sebotol minum vivix
dah ok"


Jika anda atau ahli keluarga anda ada mengalami gejala penyakit ini. Silalah berjumpa doktor dengan segera. Ikuti nasihat doktor,jika diberikan ubat sila patuhi dan jika ingin mengambil suplemen seperti diatas sangat digalakkan.

Jika anda berminat dengan suplemen ini boleh lah hubungi saya untuk pembelian.

👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📞Call/Whatsaap : 0148601038
📱 Dm ig : @mummyfadrielaidden
 📲 Fb : Joy Dariene
COD : IPOH PERAK
POS LAJU SELURUH MALAYSIA

Atau dengan pembelian secara online menggunakan kerdit kad / debit kad, KLIK DI SINI

Mahukan harga yang lebih berbaloi?
Sertai kami sebagai ahli Shaklee sekarang dan anda akan mendapat harga yang lebih istimewa dan menguntungkan.

Yuran pendaftaran hanya RM69 SAHAJA !


Friday 19 May 2017

Tips Kurangkan Sakit Belakang Dengan Mudah Hanya Di Rumah



Rasa sakit-sakit atau ketidakselesaan di bahagian belakang atau berhampiran pinggang pasti menyebabkan individu tidak selesa dan sukar untuk melakukan tugas serta rutin harian.

Sakit belakang sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana boleh dikatakan hampir setiap individu mengalaminya tanpa mengenal faktor jantina mahupun usia.

Penyakit ini juga yang kedua paling kerap menyerang manusia selepas penyakit selesema menyebabkan hampir tiada seorang pun terkecuali daripada merasainya.

Namun aktiviti berat yang banyak dilakukan lelaki mahupun wanita dewasa menyebabkan golongan ini dikatakan lebih kerap menghadapi masalah ini.

Antara faktor penyumbang sakit belakang ialah:

📍Obesiti
📍Merokok
📍Tekanan
📍Keadaan fizikal tidak elok
📍Postur badan yang salah
📍Posisi tidur tidak elok
📍Tiada sokongan daripada tilam ketika tidur

Sakit belakang, khususnya pada bahagian pinggang boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius terutama bagi kesakitan yang disertai demam atau hilang kawalan untuk buang air kecil atau besar; sakit ketika batuk dan kaki terasa semakin lemah. Jika demikian silalah berjumpa dengan doktor.

Kebanyakan masalah sakit belakang boleh dirawat tanpa pembedahan. Antara kaedah rawatan ialah untuk mengawal kesakitan, mengurangkan keradangan, mengembalikan fungsi dan kekuatan bahagian belakang serta mencegah kecederaan daripada berulang.

TIPS KURANGKAN SAKIT BELAKANG.

1. Menekap bahagian yang sakit dengan ais atau pek panas boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan, membantu sesetengah pesakit untuk bergerak. Sejurus selepas mengalami trauma, pesakit seharusnya menekap pek ais yang dibalut dengan tuala pada bahagian sakit selama 20 minit beberapa kali sehari.

2. Selepas dua atau tiga hari melakukan kaedah ini, tuam bahagian berkenaan dengan tuala atau pek panas untuk seketika bagi merehatkan otot dan merangsang aliran darah.

3. Mandi air suam juga boleh membantu merehatkan otot.

4. Boleh berehat di katil (baring) tetapi hanya untuk satu atau dua hari saja. Berehat (baring) boleh membuatkan sakit belakang bertambah teruk dan menyebabkan seseorang pesakit mengalami tekanan, kemurungan, melemahkan otot dan kemungkinan berlakunya darah beku pada kaki. Pesakit seharusnya kembali melakukan aktiviti harian secepat mungkin.

5. Bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot.

6. Doktor juga akan memberikan ubat untuk merawat sakit belakang akut dan kronik. Selain itu terapi intervensi (termasuklah suntikan ubat bius steroid pada tisu, sendi atau akar saraf) dan suntikan epidural.

7. Pembedahan adalah pilihan terakhir, selepas semua kaedah lain tidak berjaya mengurangkan kesakitan. Dapatkan pandangan kedua jika anda disyorkan menjalani pembedahan kerana kini ada banyak kaedah baru yang lebih mudah dan berkesan. Antaranya ialah pengambilan suplemen yang dapat membantu kurangkan kesakitan.

BAGAIMANA SUPLEMEN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?

Ostematrix Shaklee merupakan sumber kalsium semulajadi yang dilengkapi dengan Vitamin D, Magnesium, Zink, Boron, Manganes dan Kuprum untuk memastikan penyerapan kalsium yang optimum disamping memberi kebaikan yang lain. Pendek kata Ostematrix Shaklee menawarkan lebih dari sekadar kalsium.

Kenapa kalsium?

Sememangnya badan kita amat perlukan kalsium kerana kalsium merupakan mineral paling banyak dalam badan. Dianggarkan kira-kira 99% kalsium terkandung dalam tulang dan gigi.


Kekurangan kalsium akan menyebabkan masalah seperti berikut:

- sakit tulang belakang dan pinggang

- badan mudah lenguh

- sakit kepala

- kaki mudah kebas

Testimoni Ostematrix :





Vivix Shaklee juga dapat melegakan sakit belakang.

Vivix menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko slip disc. Ia sangat penting dalam membantu menyokong kesihatan sendi dan juga menyokong kesihatan tubuh dengan memberi keperluan secara menyeluruh.

Testimoni Vivix :



Anda atau ahli keluarga anda mengalami masalah seperti diatas bolehlah iktihar dengan suplemen ini. Walaupun sakit belakang tidaklah seteruk mana tapi sudah boleh menjejaskan kehidupan seharian anda.

Jika anda berminat dengan suplemen ini,bolehlah hubungi saya.

Joy Dariene (1161498)
📲 SMS/WA/CALL : 0148601038

Atau boleh KLIK DI SINI untuk pembelian secara online.


Thursday 18 May 2017

GOUT SAKIT MENCUCUK IKTIHAR DENGAN SET GOUT SHAKLEE


Biasa dengar sekarang tentang penyakit gout ni,tidak kira muda atau pun tua. Dari cerita mereka sangat sakit mencucuk-cucuk.

Antara faktor penyebab sakit gout ialah kandungan asid urik yang tinggi !

Penyakit gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik yang berlebihan di dalam badan.Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang  berasal daripada sejenis protein dipanggil purin.Badan manusia akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).

Untuk pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

TANDA-TANDA PENYAKIT GOUT.

🔸Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi

🔸Demam gred rendah

🔸Sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan

🔸Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.

🔸Gout biasanya menyerang ibu jari kaki.

🔸Gout juga menjejaskan sendi-sendi lain seperti kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.

🔸Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

CARA MENGATASI GOUT?

Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah penyakit Gout ini. Antaranya:

Mengurangkan jumlah pengambilan purines dalam diet anda seperti:

▫Kurangkan makan daging merah seperti steak.

▫Jangan makan organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan jantung.

▫Kurangkan pengambilan makanan laut seperti telur ikan, kerang, kupang, ketam dan udang.

▫Elakkan makan ikan berminyak seperti sardin, ikan bilis dan ikan kembung.

▫Yis dan daging ekstrak juga tinggi purin termasuklah marmite dan banyak kuah yang dihasilkan secara komersial.

TIPS ELAK PENYAKIT GOUT.

📌Ceri dan strawberi dikatakan mampu menurunkan paras asid urik anda.

📌Minum air dengan kadar yang banyak untuk menggalakkan proses penyingkiran asid urik.

📌Bersenam, berenang adalah cara senaman terbaik kerana ia tidak memberi tekanan pada sendi yang mungkin boleh tercedera.

📌Kawal atau kurangkan berat badan.

Bagi pesakit gout adalah dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal. Anda juga dicadangkan untuk mengambil supplement berikut bagi mengurangkan kesan serangan gout.

BAGAIMANA SET GOUT SHAKLEE MEMBANTU ?


VIVIX – Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.

ALFALFA – Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk tujuan detoks.

OMEGA GUARD – Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui di dalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

PERFORMANCE DRINK – Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehidrasi.

BAGAIMANA PULA DENGAN PENGAMBILAN VITAMIN C?

Pesakit Gout boleh mengambil Vitamin C. Namun secara sederhana dan tidak berlebihan.

Vitamin C adalah uricosuric semulajadi yang bermaksud ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang.

Sebaiknya pengambilan vitamin C untuk pesakit gout adalah di dalam dos 500mg hingga 1000mg sahaja sehari. Jika perlukan dos lebih, bincanglah dengan doktor anda.

Testimoni :
Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4


Dapatkan Set Gout Shaklee sekarang sebelum bacaan asid uric anda semakin tinggi dan sukar untuk bergerak ke sana ke mari!

Jika anda berminat dengan SET GOUT SHAKLEE bolehlah hubungi saya untuk pembelian.

Atau boleh KLIK DI SINI untuk pembelian secara online.

Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.

👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene
☎ COD area: IPOH PERAK
📮 POS LAJU SELURUH MALAYSIA

Mahukan harga yang lebih berbaloi,sertai kami sebagai ahli shaklee dan anda akan mendapat tawaran harga yang lebih untung dan jimat.


Sunday 7 May 2017

Cara Merawat Kencing Manis Dengan Selamat dan Berkesan



Kencing manis merupakan salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia. Ini terbukti melalui statistik yang menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Orang yang mengidap diabetes mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat sakit jantung, berbanding orang yang tiada kencing manis. Ia juga turut mengundang penyakit buah pinggang.

Apa yang menakutkan mengenai penyakit kencing manis?

Selain daripada menyebabkan kaki anda dipotong, penyakit kencing manis juga penyumbang utama kepada buta secara tiba-tiba.


Dan anda mungkin salah seorang bakal sasaran seterusnya..

.. kerana menurut perangkaan Jabatan Kesihatan Malaysia, penyakit ini sedang berkembang sangat pantas di Negara kita.

Lebih daripada 1/3 pengidap penyakit ini tidak sedar bahawa mereka sedang menghidapinya sehinggalah sudah berada di tahap kronik.

Bagaimana merawat kencing manis dengan secara selamat dan berkesan?

Apa itu Kencing Manis?

Bahan dalam Vivix Shaklee boleh bantu penghidap kencing manis. Bagaimana? Jom saya terangkan.

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan Resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

1) Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

2) Mengawal kepekatan gula dalam darah.

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

3) Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera.

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

4) Mencegah pembentukan protein AGE.

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

Masih ragu-ragu dengan kehebatan vivix shaklee. Sini saya sertakan testimoni :

Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Testimoni 4

Jangan tunggu lagi,sila dapatkan Vivix Shaklee untuk anda atau orang tersayang anda sekarang.

Jika anda berminat dengan Vivix bolehlah hubungi saya untuk pembelian.

Atau boleh KLIK DI SINI untuk pembelian secara online.

Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.

👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene
☎ COD area: IPOH PERAK
📮 POS LAJU SELURUH MALAYSIA

Mahukan harga yang lebih berbaloi,sertai kami sebagai ahli shaklee dan anda akan mendapat tawaran harga yang lebih untung dan jimat.


Apa Itu Kencing Manis/Diebetes Mellitus


Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Mellitus adalah penyakit kronik di mana keadaan paras gula (glukosa) adalah tinggi dalam darah sama ada disebabkan oleh kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin itu sendiri berkurangan.

Apa itu Glukosa?

☆ Glukosa adalah gula dalam darah.Glukosa adalah gula ringkas yang berfungsi memberi tenaga (kalori) pada badan manusia.

☆ Glukosa adalah monosakarida iaitu gula ringkas terkecil dalam kumpulan karbohidrat.

☆ Tubuh membuat glukosa daripada karbohidrat, lemak dan juga protein.

☆ Glukosa akan dihantar ke setiap sel melalui aliran darah. Namun, sel-sel badan tidak dapat menggunakan glukosa tanpa bantuan hormon Insulin.

☆ Sumber karbohidrat = Nasi, roti, mee, gula, minuman manis atau makanan yang manis dan banyak lagi.

Apa itu Hormon Insulin?

☆ Hormon Insulin dihasilkan daripada organ Pankreas.

☆ Insulin berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula dalam badan dengan pergerakan glukosa (gula) dari darah ke dalam sel.

☆ Apabila seseorang itu telah menghidapi Kencing Manis, Glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan ia kekal di darah menyebabkan paras glukosa menjadi tinggi dan menggangu kelancaran perjalanan darah.


Mengikut National Health & Morbidity Survey 1996, 2006 dan 2011, Peningkatan penyakit Kencing Manis Di Malaysia.

Mengikut kajian National Health and Morbidity Survey 2011, 15.2% atau 2.6 jutapenduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghidapi Kencing Manis. Adakah Statistik Pesakit Kencing Manis sekarang meningkat?

Terdapat empat jenis Kencing Manis @ Diabetes Mellitus iaitu:

1. Kencing Manis Jenis 1
2. Kencing Manis Jenis 2
3. Kencing Manis Semasa Hamil
4. Kencing Manis Genetik dan Lain-lain

1. Apa itu Kencing Manis Jenis 1?

Kencing Manis Jenis 1 juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Type 2 . Dahulu ia dikenali sebagai Insulin Dependent Diabetes Mellitus.

Kencing Manis Jenis 1 adalah berpunca daripada kegagalan penghasilan Insulin oleh Kelenjar Pankreas.

Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.

Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes Type 1 ini biasanya tidak berpunca daripada pemakanan atau kegemukan. Ia dikatakan berpunca daripada penyakit autoimmune di mana sistem imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

2. Apa itu Kencing Manis Jenis 2?

Kencing Manis Jenis 2 boleh disebabkan oleh:

1. Kerintangan insulin (insulin Resistance)iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap hormon insulin

2. Penghasilan insulin yang berkurangan. Oleh kerana masih mempunyai sedikit insulin dari pankreas yang dirembeskan, Kencing Manis Jenis 2 masih boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara tablet atau pun suntikan Insulin.

Kencing Manis Jenis 2 sangat berkait rapat dengan beberapa faktor seperti:

¤ Obesiti atau Kegemukan.

¤ Kurang aktiviti fizikal.

¤ Pemakanan yang tidak seimbang iaitu pengambilan gula secara berlebihan.

¤ Merokok

2. Kencing Manis Semasa  Hamil

Kencing Manis Ketika Hamil juga dikenali sebagai Gestational Diabetes Mellitus, iaitu Kencing Manis yang berlaku hanya ketika hamil. Ia berkait rapat dengan ibu mengandung yang kuat makan, gemuk dan mempunyai keturunan kencing manis dalam keluarga.

Ketika mengandung, diabetes ketika hamil ini memerlukan rawatan insulin bagi menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan sampingan kepada bayi dalam kandungan.

Kebanyakan wanita hamil ini iaitu 90 – 95% akan kembali sembuh. Namun sebahagian kecil iaitu 5-10% akan mengidap Kencing Manis Jenis 2.

Ibu hamil yang mengalami diabetes ketika hamil juga mempunyai risiko 20 -50% mengidap Kencing manis dalam tempoh 5 – 10 tahun.

Cara mengawal kencing manis ketika hamil.

4. Kencing Manis Bentuk Lain

Terdapat juga kencing manis yang disebabkan oleh faktor genetik atau punca kedua seperti pembedahan, kurang zat makanan, jangkitan dan penyakit lain. Hanya 1 – 5% daripada semua penyakit kencing manis dikenali pasti.