Tuesday 22 November 2016

Simptom Jangkitan Paru-paru Pada Kanak-kanak

Awas serangan pneumonia atau lebih umum dikenali sebagai jangkitan paru-paru pada kanak-kanak. Jika tidak dirawat ia boleh membahayakan nyawa si kecil anda. Kenali 7 simptomnya.

Simptom :

1. Demam panas

2. Batuk dengan atau tanpa kahak

3. Sakit dada

4. Tiada selera makan, tidak mahu makan

5. Rasa tidak sihat, sering merengek

6. Pernafasan laju atau susah bernafas

7. Muntah atau cirit-birit

Antara kumpulan berisiko ialah:

# Kanak-kanak di bawah umur lima tahun

# Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian

# Kanak-kanak yang kerap mengalami jangkitan telinga

Rawatan

Biasanya pesakit diberi antibiotik (jika disebabkan jangkitan bakteria) dalam masa sebulan selepas mengalami pneumonia. Banyak bukti menunjukkan penyusuan badan dapat melindungi anak daripada serangan bakteria pneumococcus.

Kebanyakan kes jangkitan pneumonia kanak-kanak boleh dirawat di rumah. Apa yang mereka perlu

# Banyak rehat

# Minum banyak air dalam kuantiti sedikit tetapi kerap

# Mereka akan lebih selesa jika dibaringkan dalam kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan

# Jika anak mengalami sakit dada, mereka mungkin perlukan ubat pelega seperti paracetamol

# Jangan beri ubat batuk kepada anak. Ia tidak akan membantu

# Jangan merokok berhampiran anak yang sakit

Rawatan di hospital

Antara pesakit pneumonia kanak-kanak yang perlu dimasukkan ke hospital ialah:

# Berumur kurang setahun

# Tidak boleh makan ubat

# Mengalami kekurangan air dalam badan

# Mengalami masalah pernafasan teruk

Ketika di hospital, anak anda dipantau dan mungkin memerlukan rawatan susulan. Antibiotik diberi melalui suntikan ke dalam salur darah; jika ia disyaki disebabkan jangkitan bakteria.

Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu oksigen untuk membolehkan mereka bernafas dengan selesa. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan air diberi ceca
Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan pemakanan yang berkhasiat.

Alternatif lain pencegahan awal,ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia. Batuk biasa bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

♦ Batuk pneumonia bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi. Ini disebabkan kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

Langkah-langkah pencegahan terhadap Pneumonia atau penyakit serius lain ialah dengan mengambil nutrein yang lengkap setiap hari samada melalui makanan harian atau makanan tambahan. 

Shaklee membawakan anda satu rumusan khas untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas iaitu :

1. OMEGA GUARD
-Membantu mengeringkan kahak

2. CHEWAMBLE VITAMIN C
-Bantu tingkatkan sistem imunisasi anak

Berikan anak anda nutrien yang terbaik dan semula jadi. Jika anak sakit, berjumpalah doktor segera tetapi dalam masa sama bekalkan mereka zat dan nutrisi lengkap supaya daya tahan lebih tinggi dan jika berlaku jangkitan, tidak berpanjangan.

KONSULTASI PERCUMA untuk anda yang membeli dengan saya.
Dapatkan suplemen untuk si kecil HARI INI.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi saya.

👧 JOY DARIENE KEFFRUS (1161498)
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene
☎ COD area: IPOH PERAK
📮   POS LAJU SELURUH MALAYSIA

No comments:

Post a Comment