Sunday 4 December 2016

Gejala Sakit Tumit Dan Cara Merawatnya

Gejala Sakit Tumit Dan Cara Merawatnya

Biar pun tua atau muda sakit tumit ini sangat tidak selesa. Kebiasaanya sakit tumit ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

1) Paling sakit apabila bangun dari tidur atau ingin memulakan pergerakan kaki dari duduk atau berdiri yang lama.

2) Sakit akan mula hilang dengan pergerakan kaki (jika terlampau teruk sakit tidak hilang)

3) Tiada bengkak atau tanda pada tumit.

4) Tiada trauma yang berlaku pada tumit

Sakit tumit boleh di definisikan dengan banyak punca. Namun punca yang paling biasa ialah "CALCANEAL SPURR"

Apa itu Calcaneal Spurr?

Calcaneal Spurr ialah tulang kecil yang tumbuh pada tulang tumit (tulang calcaneum). Pertumbuhan spurr ini berlaku secara fisiologi akibat geseran dan tekanan yang berpanjangan dan berterusan antara tulang calcaneum dan tisu serat sekitarnya. Ini akan merangsang pertumbuhan spurr yang tidak mengikuti 'allignment' tulang asal.

Spurr akan tumbuh umpana duri di dahan,menekan tisu serat dan otot di tapak kaki. Semasa tidur atau duduk dan berdiri lama,spurr akan menekan tapak kaki disatu titik yang sama. Ini menyebabkan kawasan berkenaan tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang sepatutnya menimbulkan kesakitan.

Apakah cara merawat Calcaneal Spurr?

Dikebanyakan masa,doktor tidak akan membedah buang spurr yang tumbuh melainkan ia terlalu besar sehingga menyakitkan tumit sepanjang masa. Ini kerana kesan pembedahan itu sendiri akan menimbulkan pelbagai gejala kesakitan yang lain.

Jadi apa yang doktor lakukan ialah :

1) Membekalkan ubat tahan sakit

2) Merujuk pesakit pada Jabatan Fisioterapi

3) Memberi sedikit petua untuk pesakit apabila dirumah

Petua untuk pesakit :

1) Apabila bangun dari tidur,jangan terus bangun untuk menapak,tetapi mulakan dengan senaman tapak kaki. Pusing dan gerakkan pergelangan kaki beberapa kali. Dengan cara ini bekalan darah dan oksigen akan mula sampai ke kawasan yang ditekan spurr tadi.

2) Begitu juga apabila mahu memulakan pergerakan dari duduk dan berdiri yang lama,mulakan menapak dengan hujung kaki(bukan tumit) dengan perlahan dan berjalan seperti biasa.

3) Rendam kaki dengan air suam (terpulang jika mahu merendam dengan air suam campuran herba dan sebagainya)

Selain itu anda juga boleh iktihar dengan Suplemen Shaklee iaitu "Ostematrik & Omega Guard" bantu menghilangkan kesakitan tumit.

OMEGA GUARD
=============
- mengurangkan rasa sakit dan keradangan pada tisu dan otot kaki yang sakit,ia merupakan sumber omega 3 yang terbaik

OSTEMATRIK
============
- mengandungi kalsium dan magnesium yang baik untuk kekuatan tulang dan mampu mengelak dari tulang retak dan rapuh

Pertanyaan lanjut boleh hubungi saya. KONSULTASI PERCUMA diberi jika anda membeli dari saya.

👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene
☎ COD area: IPOH PERAK
📮   POS LAJU SELURUH MALAYSIA

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Jom sertai kami bersama Shaklee.

No comments:

Post a Comment