Monday 13 March 2017

Tips Travel Dengan Anak Kecil

Sapa tak happy bila nak travel atau balik kampung kan. Tapi kalau perjalanan tu jauh alahai,mesti kena buat persediaan awal,lagi-lagi kalau ada budak kecik bawah setahun.

Setiap hujung tahun kami sekeluarga memang balik kampung,setahun sekali sahaja lah lagi pun kampung jauh nun diseberang (Ranau Sabah). Lebih kurang 8 jam setengah perjalanan. Memang letih sangat,dengan anak-anak lagi memang kena bertabahlah.

Disini saya sediakan sedikit tips untuk ibu bapa yang ingin travel dengan si kecil.

1) Sediakan keperluan asas

a) Sediakan susu formula secukupnya. Lagi senang letak dalam container kecil-kecil,nanti nak buat susu senang je. Air panas untuk buat susu letak dalam termos kecik ,atau dalam kapal terbang boleh minta pramugari air suam je . Kalau si kecik menyusu badan senang sikit kan.

b) Pampers pakai buang,beberapa helai baju,seluar & tuala kecil letak dalam satu beg kecik (hand luggage). Nanti tak payah susah-susah buka beg besar.

c) Sediakan siap-siap makanan untuk si kecik,letak dalam termos makanan. Yalah anak bawah setahun ni masih makan bubur,payah juga nak cari kedai makan yang jual bubur kan.

d) Sediakan juga makanan sampingan untuk si kecik,sebagai kudap-kudapan sepanjang perjalanan.

2) First Aid Kit

Pastikan anda membawa mini first aid kit,seperti ubat demam,termometer,minyak panas dll. Mana lah tau kan dalam perjalanan anak demam panas ke,cirit birit ke.

3) Sediakan mainan

Mainan tak perlulah mahal-mahal,just untuk tarik perhatian anak-anak supaya tidak cepat bosan dalam perjalanan sahaja.

3 perkara ni memang penting ibu bapa kena ambil tahu barulah anak selesa dan kurang meragam dalam perjalanan.

Sekian perkongsian dari saya,semoga dapat membantu ibu bapa di luar sana. Happy traveling.

--------------------------------------------------------------------------------
Saya pengedar sah shaklee malaysia (1161498)
Jika anda berminat dengan produk shaklee bolehlah hubungi saya :

👧 Joy Dariene Keffrus
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene

No comments:

Post a Comment