Sunday 26 March 2017

Petua Atasi Keputihan Ketika Hamil Dengan Selamat Dan Berkesan


Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu.

Tetapi jika anda mengalami :

🌟Lelehan itu menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej.

🌟Terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda

🌟Anda akan rasa sakit apabila bersama suami

🌟Rasa sakit apabila membuang air kecil.

Ianya ialah keputihan abnormal.

Bagaimanakah anda boleh mendapat keputihan?

Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita.

Jika anda rasa anda mengalami keputihan abnormal, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.

Jangkitan kulat juga boleh berlaku disebabkan suami anda mengalami jangkitan tersebut. Jadi dia juga perlu menerima rawatan. Jika tidak, ada kemungkinan anda akan dijangkiti lagi walaupun setelah anda menerima rawatan.

Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika anda mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1. Chlamydia

Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks

Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman HPV

Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea

Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Antara petua merawat keputihan di rumah yang boleh anda cuba?

Sesetengah cadangan berikut mungkin boleh membantu:

1) Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan di sekeliling faraj.

2) Gunakan rebusan daun sirih,cuci sekitar faraj anda.

3) Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.

4) Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat.

5) Jangan sembur dan gunakan mandian buih yang mempunyai wangian juga.

6) Lap punggung dari hadapan ke belakang selepas anda ke tandas.

Anda juga boleh mengamalkan suplemen GARLIC COMPLEX & SR VITAMIN C SHAKLEE.


Menurut kajian dari University of Pittsburgh Medical Center, bawang putih sangat sesuai dan berpotensi dalam membantu dalam merawat jangkitan faraj, termasuk sindrom keputihan semasa mengandung. Garlic Shaklee berfungsi seperti antibiotik semulajadi dan memusnahkan bakteria penyebab keputihan.

SR Vitamin c pula bertindak sebagai pertahanan badan supaya keputihan tidak berulang kembali.


Cegah sebelum terlambat mommies!

Jika anda berminat tentang Set ini bolehlah hubungi saya untuk pembelian.

Anda juga akan diberi tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya.

👧 Joy Dariene Keffrus (1161498)
📩 msg/whatsapp: 0148601038
✍ DM ig : @mummyfadrielaidden
📝FB : Joy Dariene
☎ COD area: IPOH PERAK
📮 POS LAJU SELURUH MALAYSIA

Mahukan harga yang lebih berbaloi,sertai kami sebagai ahli shaklee dan anda akan mendapat tawaran harga yang lebih jimat dan menguntungkan.

Yuran pendaftaran hanya RM69 (Tidak termasuk kos pos member kit)

No comments:

Post a Comment