Sunday, 19 March 2017
Petua Penggalak Susu Badan Semasa Berpantang
Hai salam ceria pembaca-pembaca sekalian. Hari ni saya berkesempatan pula berkongsi petua atau tips makanan penggalak susu ibu semasa berpantang atau lebih dikenali sebagai milkbooster.
Saya faham kebanyakkan ibu-ibu inginkan yang terbaik buat bayi yang baru lahir dengan memberi bayi penyusuan yang eklusif kan. Tapi kebanyakkannya selepas melahirkan,susu badan ibu langsung tiada. Sama seperti saya selepas melahirkan anak pertama dan kedua,hari pertama melahirkan memang susu badan tiada sampai lah hari yang ketiga. Sebab kesiankan bayi saya yang bertahan lapar,saya terpaksa berikan susu formula juga sebab takut demam kuning a.k.a jaundice tinggi pula.
Dalam masa yang sama saya terus mencuba beberapa petua dari mereka-mereka yang sudah lebih berpengalaman sebelum ni.
Antara makanan & minuman yang membantu menggalakkan susu badan @ milkbooster yang pernah saya cuba ialah.
- Sup ayam dengan betik muda
- Sup ayam dengan lobak putih
- Sup ayam dengan sayur manis
Note :
* Direbus tanpa minyak,letak bawang putih banyak-banyak. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi bagi mengelakkan luka bersalin dijangkiti kuman. Jangan letak halia,memang halia sangat baik untuk buang angin dalam badan ibu tapi dari pengalaman saya,halia menyebabkan jaundice bayi saya semakin tinggi.
- Susu kambing
- Susu soya pastikan yang non gmo
- Kurma dimakan begitu saja atau boleh diblend dengan susu
- Horlick / nestum
Note :
*minuman selain diatas saya pernah cuba seperti kopi dan teh tapi kedua-duanya menyebabkan susu makin kurang.
Apa yang lebih penting?
Ibu yang menyusu memang harus mengambil makanan dan air secukupnya untuk memastikan nutrisi untuk bayi anda juga lengkap dan tidak menyebabkan anda kelaparan atau dehidrasi akibat penyusuan. Ibu-ibu juga perlu mengelakkan stress yang boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.
Yang paling penting!! Jangan lupa konsep demand and supply juga..kalau susu tak dikeluarkan(dipam atau bf direct), macamana nak hasilkan susu yang baru, kan?
Selamat mencuba ya!!
Pengedar Shaklee Malaysia,
Joy Dariene Keffrus
Tel : 0148601038
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment