Sunday, 5 March 2017

Cara Hentikan Anak Dari Menyusu Badan


Bulan februari lepas genap lah 2 tahun umur my second hero,bermakna genap lah 2 tahun anakku menyusu badan. So sudah sampai masa nyalah dia berhenti menyusu. Lagi pun sekarang ni saya mengandung(anak ketiga). Boleh saja sebenarnya teruskan penyusuan tapi doktor sarankan saya hentikan juga.

Macam mana korang hentikan anak dari menyusu badan? Senang tak atau susah?

Disini saya kongsikan pengalaman cara saya hentikan anak-anak dari menyusu badan.

1) Yang pertama sekali sediakan susu formula brand apa-apa saja yang penting pelbagai perisa. Mostly budak-budak memang tak akan tolak susu perisa coklat ni,ibu boleh lah cuba berikan pada anak.

* Elakkan dari berhenti beri anak susu badan secara tiba-tiba takut emosinya terganggu. Kurangkan secara perlahan-lahan.

2) Kerap bagi anak minum air kosong. Bila anak sentiasa kenyang dia akan kurang meminta susu.

* Atau gantikan dengan minuman yang berkalsium seperti air yogurt ataupun susu segar.

Kalau cara diatas masa tidak berhasil,boleh guna petua ni pula :

1) Letak sirap perisa ros dekat area miss B kita,kan warna sirap tu macam merah darah sikit,berlakon lah seolah-olah miss B anda sakit. Anak pun akan kesian bila nampak mak kesakitan..hahaha..yang ni korang pandai-pandai lah berlakon.

2) Letak limau atau asam jawa dekat area miss B.Saya pernah letak limau & asam jawa tapi anak tak kisah pun sebab dia memang suka masam 😂

3) Akhir sekali yang ni memang menjadi tapi menyakitkan lah. Iaitu letak cili di sekitar miss B (yang tak tahan tu jangan buat,memang area miss B tu pedas tau),tapi yang ni memang akan buat anak anda mengaku kalah..haha..kejam tak mak,tapi nak buat macam mana lagi kan dah cuba macam-macam.

Yang penting korang jangan cepat putus asa dan marah anak kita tau,saya pun ambik masa berbulan-bulan juga baru berjaya hentikan anak menyusu. Banyak-banyak bersabar lah ya jika anak banyak ragam pula bila kita nak hentikan anak dari menyusu badan.

Sekian saja perkongsian dari saya,harap boleh membantu ibu-ibu diluar sana 😊

Joy Dariene
Pengedar Sah Shaklee 1161498
Tel : 0148601038

No comments:

Post a Comment